Tuesday, October 11, 2016

PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

0



DBMS-DataBase Management System (Perisian Pengurusan Pangkalan Data)

Definisi
  • Sekumpulan data atau maklumat mengenai suatu topik atau tujuan tertentu yang mempunyai hubungan logikal antara satu sama lain.
  • Disimpan sebagai satu sistem simpanan data yang tersusun dalam bentuk elektronik bagi memudahkan proses capaian oleh satu atau lebih aturcara penggunaan.
  • Cth: sistem rekod pelajar menyimpan maklumat peribadi seperti nama,IC dan lain-lain
Konsep
  • Menyimpan data-data di dalam suatu tempat dan membolehkan data-data tersebut diuruskan dalam bentuk logikal untuk kemudahan mencapat data
Sistem berasaskan Fail Tradisional (SFT)
  • Sistem yang dilaksanakan secara manual atau tradisi. Data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannya disimpan di dalam kabinet-kabinet khas
  • Fail yang disimpan adalah mengikut turutan abjad dan nombor rujukan supaya pencarianfail dapat dilakukan dengan sempurna
  • Kaedah penyimpanan di mana data disimpan dalam fail yang berasingan dan disimpan dalam disket dan segala aplikasi perlu ditulis
Kelamahan SFT
  • Pemisahan data - setiap fail yang dibina tidak dihubungkan antara satu sama lain
  • Format fail yang berbeza - tidak boleh digabung atau dibanding dengan mudah. (fail word dan excel)
  • Data lewahan - Fail yang mempunyai data yang sama disimpan dalam pelbagai tempat menyebabkankesukaran mencari dan penggunaan storan yang banyak
Kelebihan Pangkalan Data
  • Mengawal ulangan- elakkan pembaziran ruang storan, tenaga dan kos serta mengurangkan percanggahan data yang sama
  • Berkongsi data- membenarkan ramai pengguna mencapai maklumat yang dikehendaki dalam satu masa yang sama
  • Mengawal penggunaan pangkalan data kepada pengguna yang hanya diberi kebenaran
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) atau DBMS
Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data. SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data

Aplikasi Pangkalan data
  • Satu program yang berinteraksi dengan pangkalan data pada masa-masa execution
  • PASCAL, COBOL, atau C++ adalah antara contoh bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk tujuan menulis aturcara penggunaan aplikasi pangkalan data
Kelebihan menggunakan DBMS
  • Maklumat dan data yang dikehendaki boleh dicapai dengan lebih pantas dan tepat.
  • Meminimumkan limpahan data, meningkatkan konsistensi data, pengintegrasian dan perkongsian dan mengurangkan penyelenggaraan program.
  • Boleh menyisih data mengikut cara yang ditentukan oleh pengguna siperti dalam susunan abjad atau kriteria lain.
  • Boleh menyenaraikan data megikut keperluan pengguna, misalnya dari segi susunan abjad atau kriteria lain seperti tarikh, tempat dan lain-lain. Data ini boleh dilihat pada skrin komputer atau pun dicetak.
  • Boleh melaksanakan proses menyisih dan menyenaraikan data mengikut kriteria yang dikehendaki dengan pantas dan tepat.
  • Boleh dikemaskini dengan mudah.
  • Boleh dikongsi dengan pantas serta mempunyai kadar interaktiviti yang tinggi menerusi pelbagai teknologi baru seperti menerusi CDROM, internet dan lain-lain.
Keburukan menggunakan DBMS
  • Semakain kompleks proses pembangunan akan memberi kesan kepada prestasi sistem.
  • Saiz DBMS agak besar dan memerlukan storan yang besar.
  • Kos peralihan dan larian sama ada dari sistem manual atau sistem fail biasa kepada sistem pangkalan data agak tinggi
Konsep asas Pangkalan Data
  1. Merupakan sekumpulan maklumat mengenai suatu topik tertentu. Ia terdiri daripada baris (rekod) dan lajur (medan).
  2. Rekod Merupakan Bars mendatar di dalam sesebuah jadual.
  3. Medan merupakan lajur tegak didalam sesebuah jadual.
  4. Kunci Primer (PRIMARY KEY)- terbentuk daripada satu medan dalam jadual yang mempunyai nilai yang unik. cth: IC,ID

0 comments:

Post a Comment